Friday, 20 September 2013

Tugasan Makmal Pertama

PEMBANGUNAN APLIKASI E-DAGANG

Membuka akaun CIMB bank

Langkah-langkah



Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan

1. Pemohon menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan .
2. Pemohon diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari .
3. Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat MyKad pemohon dan diminta unuk     menandatangani maklumat tersebut serta mengambil nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan .


Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan



1. Sejurus tiba giliran, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat         pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangani pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang         terma dan syarat, dan lain-lain .
3. Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank .
4. Selepas menerima nombor akaun, pemohon diminta menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM     250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut .



Bahagian 3 -  Kaunter Penerimaan Kad ATM

1. Kemudian nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM .
2. Di kaunter tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut .
3. Selesai menandatangani kad tersebut, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan .
4. Jika pemohon ingin menukar nombor keselamatan tersebut,  pemohon boleh menuju ke mesin ATM untuk 
    menukarkan nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru .



Membuat perbankan internet (CIMB Clicks)

Langkah 1
Permulaan bagi membuat perbankan internet melalui "CIMB Clicks".

Langkah 2
Kemudian, klik pada "Register now".

 Langkah 3

  Laman yang terpapar dan perlu dilengkapkan setelah kita memilih “online registration”.  Kita perlu 
  memasukkan nombor yang terdapat pada sebelah belakang kad ATM kita serta memasukkan ATM pin       bagi mengesahkan akaun kita. Setelah selesai, pengguna diminta untuk membaca syarat-syarat sebelum         bersetuju dan meneruskan pendaftaran.

 Langkah 4

 Seterusnya kita akan mendapat sms “Activation Code” daripada CIMB clicks. Kita perlu memasukkan        code tersebut untuk meneruskan pendaftaran.

 Langkah 5

 Bagi mencipta ID pengguna dan kata laluan, pengguna perlu memenuhi maklumat dibawah. Kita juga perlu    mencipta “SecureWord” bagi memastikan kita tidak salah login akaun kerana “SecureWord” ini akan            terpapar sebaik sahaja pengguna memasukkan ID mereka.

 Langkah 6

 Akhir sekali pendaftaran bagi pengguna CIMB clicks telah Berjaya dan ia akan meminta kita untuk “login”    bagi meneruskannya.

 Langkah 7

 Paparan ini akan terpapar sebaik sahaja kita ingin “login” dan meminta kita untuk memasukan “user ID”.

 Langkah 8

 Setelah “user ID” dimasukkan “SecureWord” yang kita telah cipta akan terpapar menandakan kita boleh      meneruskan login dengan memasukkan kata laluan.

 Langkah 9

 Setelah berhasil login, kita perlu untuk update maklumat akaun.

Langkah 10

Seterusnya paparan ini merupakan laman utama "Internet banking CIMB Clicks".

 Langkah 11

 Akhir sekali paparan dimana akaun kita berjaya "logged out".


Sekian sahaja langkah-langkah yang telah saya lalui sepanjang proses membuat akaun CIMB bank dan membuat perbankan internet melaui CIMB Clicks.

No comments:

Post a Comment